Ahad, 2 Ogos 2015

                               ADAB ADAB AMALAN HARIAN


ADAB MAKAN.

Makan adalah perintah Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w,semua orang di dunia ini makan.Tapi makan yang membawa kejayaan adalah dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.sebelum makan,kita perlu menggunakan cara-cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah diantaranya:
1.Mencuci tangan pada air yang mengalir
2.Duduk di atas lantai dengan menunggu makan,jangan makanan yang menunggu kita
3.Duduk dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
4.Membaca doa sebelum makan.

               

5.Makan hendaklah secara berjemaah dan tidak digalakkan makan secara sendirian
6.Apabila kita lupa baca doa makan maka ucapkanlah:           

            


7.Sebaiknya kita memastikan bahawa makanan yang kita makan halal,tidak syubhat atau haram.
8.Makan menggunakan tangan kanan dan memakai penutup kepala.
9.Tidak dibolehkan makan dan minum dengan berdiri.
10.Tidak boleh makan sambil bersandar,berjalan,tidur.
11.Mencuci tangan sesudah makan dengan air mengalir.
12.bersyukur dan membaca doa selepas makan:  
           
           





ADAB TIDUR

Apabila kita tidur dengan mengikuti cara baginda nabi Muhammad s.a.w maka tidur kita itu dikira ibadah.adab-adab tersebut idalah:
1.Berwudhuk dan mengerjakan solat sunat dua rakaat.
2.Membaca Al-quran minimum 10 ayat.Rasulullah s.a.w tidak akan tidur sebelum menghabiskan membaca surah as-sajdah dan Al-mulk
3.Membaca ayat qursi
4.Membaca tasbih Fatimah,’Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali,Allahuakhbar 34 kali’,.
5.membaca surah Al ikhlas,Al falaq, dan An nas kemudian tiupkan ke telapak tangan
6.sebelum tidur perlu bermuhasabah diri sebentar.mengingati dosa yang dilakukan pada hari ini.
7.membaca doa sebelum tidur:
   


8.berniat untuk bangun tahajjud dan solat subuh.
9.tidak diperbolehkan lelaki tidur berdua di dalam satu selimut.
10.setelah bangun tidur hendaklah membaca doa bangun tidur
        





ADAB TANDAS

Tandas adalah rumah syaitan,masuk tandas memerlukan adab adab iaitu:
1.membaca doa sebelum masuk tandas:
       


2.masuk dengan melangkah kaki kiri terlebih dahulu
3.dilarang membaca tulisan yang ada di dalam tandas.
4.dilarang membawa ayat suci Al quran dan alat alat ibadat seperti tasbih,minyak wangi,sugi dan lain2 lagi.
5.dianjurkan untuk menutup kepala selama berada d tandas.
6.dilarang makan dan minum didalam tandas.
7.dilarang berteriak atau menyanyi di dalam tandas.
8.tidak digalakkan berada lama di dalam tandas.
9.Di dalam tandas kita perlu menjaga pakaian kita daripada terkena najis.
10.tidak digalakkan kencing berdiri.
11.membaca doa keluar dari tandas:
        





ADAB MASJID

Masjid adalah rumah Allah s.w.t,ketika berada dimasjid hendaklah dengan adab,adabnya adalah:
1.sebelum masuk masjid hendaklah membaca doa:
          


2.masuk masjid kaki kanan dan niat beriktikaf.
3.masuk masjid dengan menutup aurat dan bebas dari hadas besar dan hadas kecil.
4.didalam masjid hendaklah memperbanyakkan ibadat kepada Allah.
5.dilarang membuat bising didalam masjid kerana menganggu orang ibadat.
6.didalam masjid dilarang berjual beli.
7.jangan jadikan masjid laluan untuk melintas,dari hadapan ke belakang.
8.di larang mengambil barangan dari masjid.
9.jangan lalu dihadapan orang yang sedang bersolat.
10.keluar masjid dengan kaki kiri dan membaca doa tersebut:
               

PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA

 Hari Raya Aidilfitrihari raya aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang disambut oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun begitu, kita akan lebih memfokuskan sambutan perayaan ini di Malaysia. Secara ringkasnya, perayaan ini disambut selepas bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan umat Islam berpuasa(menahan nafsu) selama sebulan.Hari raya aidilfitri di sambut pada bulan syawal selepas bulan ramadhan.Di pagi raya,semua umat islam menyucikan diri dan bersiap untuk menunaikan solat hari raya.selepas menunaikan solat hari raya,semua sanak saudara berkumpul untuk bermaafan antara mereka sambil meraikan aidilfitri tanda kemenangan umat islam melawan hawa selama sebulan.sepanjang hari raya mereka berkunjung kunjungan kerumah sanak saudara,jiran tetangga serta rakan rakan.

Persediaan dan PerlaksanaannyaDi Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.


 Perayaan Tahun baru Cina
 Tahun baru cina adalah perayaan menandakan permulaan tahun baru bagi kalender kaum Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian cheongsam ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

 Hari Deepavali
 Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.

Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.  Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

MitosHariDeepavaliMitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura.   Seterusnya penduduk kampong telah meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka .
Malam Sebelum Perayaan Deepavali
Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.  

CERITA KEBESARAN ALLAH

Assalamualaikum wbt.

           pertama dan selamanya kita perlu bersyukur kepada Allah swt kerana Allah swt telah berikan kita nikmat,nikmat yang mana Allah swt telah berikan kepada semua makhluk yang bernyawa.Allah swt tidak pernah meminta bayaran atas nikmat yang diberikannya.Allah swt maha berkuasa,kekuasaan Allah swt tiada satu makhluk pun yang mampu melawan kekuasaan Allah.Allah swt ada keinginan,manusia pun ada keinginan.jika Allah swt menginginkan sesuatu pasti dan pasti keinginan Allah swt pasti akan terjadi.akan tetapi keinginan manusia akan terjadi dengan keizinan daripada Allah swt.

           Allah swt maha mencipta,Allah mencipta seluruh makhluk dilangit dan dibumi.tiada satu makhluk pun yang boleh menandingi ciptaan Allah swt.Allah mencipta makhluk dengan sebaik-baik ciptaan.Allah mencipta langit tanpa tiang,Allah mencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi,Allah mencipta segala galanya.

          Allah swt maha memberi rezeki,semua rezeki makhluk di atas muka bumi ini ditentukan oleh Allah swt.tidak akan mati makhluk Allah itu selagi dia belum menyempurnakan rezekinya.rezeki,jodoh,ajal,pertemuan ditentukan oleh Allah swt.

          Allah maha memelihara,Allah memelihara janin bayi didalam perut ibu selama 9 bulan 10 hari tanpa bantuan dari sesuatu makhluk pun,Allah yang bagi makan,Allah yang bagi kesihatan,Allah bagi pernafasan,segalanya dari Allah.

          Maha hebatnya Allah,Allah mempunyai nikmat yang tidak akan habis dan khazanah Allah yang sangat luas.Allah menurunkan hujan dari langit.bukan awajn yang turunkan tapi Allah.awan hanyalah perantaraan isyarat untuk hari nak hujan,Allah menciptakan musim panas,Allah mencipta musim sejuk,Allah mencipta musim kemarau.Allah menurunkan salji.segalanya ciptaan Allah.tiada satu pun ciptaan manusia.manusia mencipta pun dengan izin dari Allah.hebatnya Allah.